Jenis-jenis Peranti Bantuan Ventrikel Peranti_bantuan_ventrikel

Peranti Bantuan Ventrikel terbahagi kepada dua jenis utama. Ia terdiri daripada Peranti Bantuan Ventrikel Kiri dan Peranti Bantuan Ventrikel Kanan. Jika kedua-dua peranti digunakan pada masa yang sama, ia dikenali sebagai Peranti Bantuan Biventrikel.

Fungsi

Peranti Bantuan Ventrikel bukan untuk menggantikan fungsi jantung tetapi ia membantu jantung pesakit untuk mengepam darah ke seluruh badan sekaligus mengurangkan beban ventrikel.

Operasi

Peranti bantuan ventrikel kiri (LVAD)

  • LVAD adalah antara peranti bantuan ventrikel yang kerap digunakan.
  • Ia membantu ventrikel kiri untuk mengepam darah ke aorta.
  • Aorta adalah arteri utama yang membawa darah dari jantung yang kaya dengan oksigen.

Peranti bantuan ventrikel kanan (RVAD)

  • RVAD selalunya digunakan sebagai sokongan jangka pendek untuk membantu ventrikel kanan sewaktu atau selepas pembedahan.
  • RVAD membantu ventrikel kanan mengepam darah yang kekurangan oksigen ke jantung melalui arteri peparu untuk menyerap oksigen.